Kgchat.com

Fully Featured & Customizable Free Forums
InvisionFree - Free Forum Hosting
Welcome to wWw.kgchat.com Forum & chat Community. We hope you enjoy your visit.


You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.


Join our community!


If you're already a member please log in to your account to access all of our features:

Name:   Password:


 

 Maksud harta sepencarian, benda yang dibeli oleh isteri dengan me
ayu
  Posted: Feb 19 2006, 07:13 PM


Kengkawan KgChat
*

Group: Tetamu khas
Posts: 50
Member No.: 101
Joined: 6-January 06



Maksud harta sepencarian
Soalan: Apakah maknanya harta sepencarian dalam sebuah rumah tangga? Adakah harta benda yang dibeli oleh isteri dengan menggunakan wang hasil kerja isteri dianggap harta sepencarian?.

Andainya berlaku perpisahan/perceraian di antara suami isteri, apakah harta yang patut diterima oleh isteri? Bolehkah tanah yang dimiliki oleh suami hanya diberikan kepada anak-anak dan tidak diizin untuk diberi kepada isteri seperti kehendak suami?

- Musalmah,

KL

Jawapan: Adapun harta sepencarian itu ialah harta yang didapati oleh suami semasa perkahwinannya dengan isteri itu sama ada melalui hasil usahanya atau pemberian yang diperoleh semasa tempoh tersebut. Ini tidak termasuk harta atau pendapatan para isteri yang diusahakannya sendiri atau upah yang diterima kerana tugas yang dilaksanakannya kerana kewajipan nafkah hanya dipertanggungjawabkan atas bahu suami sahaja. Meskipun si isteri keluar rumah bekerja dan kadang-kadang pendapatan para isteri lebih besar dan lumayan daripada suaminya sendiri, sama ada dengan izin atau tidak.

Kalau dengan izin maka suami dengan rela hati telah melepaskan haknya dan membenarkan isteri keluar bekerja dan sekiranya tanpa izin maka isteri tadi telah dikira nusus iaitu melakukan kesalahan penderhakaan terhadap suami melainkan dalam keadaan darurat dan yang menyebabkan gugurlah tuntutan nafkah terhadapnya tetapi pendapatannya masih juga miliknya.

Apabila berlaku perceraian, maka harta sepencarian itu mestilah dibahagi dua antara suami dan isteri sebelum menguruskan tujuan yang lain, seperti membayar hutang dan sebagainya.

Adapun tanah yang dimiliki oleh suami itu hendaklah dilihat kalau ia memang miliknya yang asal lagi sebelum kahwin maka dia berhak melakukan apa saja sesuka hatinya terhadap tanah tersebut kerana ia tidak dikira harta sepencarian, tetapi sebaliknya kalau tanah itu memang dimilikinya selepas kahwin melalui pendapatan yang diusahakan dalam tempoh tersebut maka suami hanya berhak menguruskan sebahagian daripadanya sahaja sebab sebahagian lagi adalah milik isterinya kerana tanah itu dikira sebagai harta sepencarian.

Maknanya harta yang dibeli oleh isteri dengan menggunakan wang hasil kerja isteri sama ada sebelum atau selepas kahwin tidak dikira harta sepencarian, kerana isteri tidak berkewajipan dalam menyediakan nafkah malah sebaliknya suami yang dipertanggungjawabkan terhadapnya. Walau bagaimanapun, biasanya para isteri yang diizinkan suaminya untuk mencari nafkah di luar rumah akan menghargai suaminya itu dan membantu suami dengan rela hati dalam urusan rumah tangga sebagai pengorbanan pihak isteri yang bertimbang rasa, tetapi pemberian itu dikira sukarela bukan merupakan kewajipan dan suami tidak berhak meminta apa-apa ke atas pendapatan isterinya tersebut. Wallahualam.

Berwuduk di dalam bilik air

Soalan: Sebagaimana biasa, bangunan sekarang ini kebanyakan bilik air dan tandas tidak dipisahkan. Bolehkah saya berwuduk di situ dan haruskah kita menyebut nama Allah semasa berwuduk?

- Kamarul,

Putrajaya

Jawapan: Apa yang jelas tempat seperti itu biasanya kotor dan menjijikkan kalau tidak diawasi dengan baik. Sebab itu berwuduk di situ adalah makruh sekiranya diragui air yang terkena najis boleh merecik kepada kita sedang tempat lain ada yang lebih sesuai untuk berwuduk.

Tetapi kalau didapati tempat itu terkawal daripada terpercik najis atau tempat lain yang lebih baik tidak ada, maka bolehlah berwuduk di tempat itu. Walau bagaimanapun perlu diperhatikan peraturan memasuki bilik air (tandas) tersebut, seperti tidak boleh membaca zikir, doa dan Quran, menjawab salam dan sebagainya. Ini sesuai dengan ajaran Rasulullah s.a.w. bila mana diberi salam kepada baginda semasa baginda sedang membuang air kecil baginda tidak menjawab salam itu demikian juga kalau ketika berada dalam tandas atau sebagainya. Kita tidak boleh lagi membaca al-Quran atau nama Allah sekalipun semasa mandi atau berwuduk.

Perlu diingatkan bahawa niat mandi atau wuduk tidak dilarang kerana ia amalan hati dan boleh dilaksana tanpa sebutan lidah. Walau bagaimanapun hukum makruh bercakap dalam tandas itu bila mana ia tidak perlu atau terpaksa seperti bercakap untuk menyelamatkan seseorang daripada bahaya atau panggilan yang penting sekiranya terdapat sebab-sebab seperti itu maka hukumnya adalah harus. Wallahualam.
Top
« Next Oldest | ~ Pendidikan Agama & Kehidupan | Next Newest »
InvisionFree - Free Forum Hosting
Fully Featured & Customizable Free Forums
Learn More · Register for Free

Topic Options



Hosted for free by InvisionFree* (Terms of Use: Updated 2/10/2010) | Powered by Invision Power Board v1.3 Final © 2003 IPS, Inc.
Page creation time: 0.1429 seconds | Archive
TopTen Website Kgchat.com
wWw.kgchat.com