View Full Version: Jalan Misteri..

Choppersgarage > Jalan Panas > Jalan Misteri..

Pages: [1] 2 3

Title: Jalan Misteri..
Description: Share pengalaman sebagai panduan..


arsyique - August 1, 2008 05:05 PM (GMT)
Sapa2 ada pengalaman naik moto yg misteri nusantara?? Share la.. Aku hari tu lalu jalan Pulau Meranti pukul dua pagi.. Takdela jumpa apa2 tapi jalan tu suram dan seram la.. Menyesal pun ada lalu ikut situ..

fadly98 - August 1, 2008 05:14 PM (GMT)
aku pun ada pengalaman misteri tp x berani nak citer kt sini!!! :(

hoahmaru56 - August 2, 2008 12:35 AM (GMT)
peminat cerita nustara boleh....

aku x suka cerita seram :(

Eddyz - August 4, 2008 03:15 AM (GMT)
:blink: aku kurang juga bab-bab seram nie...... bab seram jadi kelakar boleh tahan laaa.... macam kes kat terowong kat ipoh-kkangsar...org kata ada nampak hantu bawak volkwagan.... camner laa dia boleh lepas dapat loan beli keta.... misteri gak tu??

triplesaber - August 4, 2008 04:43 AM (GMT)
Ada satu Misteri Route, shortcut antara ruma aku ngan ruma Antulapar.. Jalan mmg gelap giler, try lalu kul 1am, mesti best!!
jln ni dulu ada kes org kena bunuh, pastu ada kes eksiden kereta kena hempap ngan lori pasir (driver dia sorang cikgu pompuan kalo x salah aku, dengar cerita dia tersepit dlm kereta berjam sblum meninggal dunia..)

Pengalaman misteri aku pulak, dulu pagi2 sblom subuh aku kena hanta kakak aku ke bas stop sbb dia nak pi keje naik bas paling awal. Satu pagi tu, on the way balik, aku nmpk objek putih berdiri atas tiang lampu, dlm hati aku "Alaaa...apa benda pulak tu?!!"
Elok je aku dah dekat ngan tiang lampu tu, benda putih tu trjun menjunam arah aku. Aku punyalah terkejut, pucat lesi, siap nak campak moto ke tepi..
Rupa2nya= Seeko burung bangau yg besa giler! Time dia menjunam tu terus dia kembangkan kepak then terbang, rupanya dia pun trkejut aku lalu pagi2 camtu!


elkay_lee - August 4, 2008 05:45 AM (GMT)
QUOTE (fadly98 @ Aug 2 2008, 12:14 AM)
aku pun ada pengalaman misteri tp x berani nak citer kt sini!!! :(

<_< ALAH... NGADALAH KO! CITER JE LAH! TARIK PUNAI TU KANG! :lol:

fadly98 - August 4, 2008 05:56 AM (GMT)
Oleh sebab atas permintaan elkay, aku citerlah. Cerita ini berlaku di area Pulapah, Jempol. Time tu aku form 2. Aku teman ayah aku hantar abg aku ke Kem Pulapah. Jadi dalam perjalanan balik dari situ, mmg gelap giler sbb xde lampu jalan disamping dikelilingi pokok-pokok sawit. So, aku pun bukak kaset dengar lagu dangdut.....silap lagu XPDC. Tiba-tiba , sehelai kain putih sebesar cadar terbang melintasi cermin depan kereta ayah aku. Aku terkejut terus bukak tingkap nak tengok. Yg pasti kain tu terus terbang ke dalam pokok kelapa sawit.

So, rakan2 yg mana nak lalu jalan Jempol ke Kem Polis PULAPAH tu, hati-hati sikit lebih2 lagi yang bermotosikal. :huh:

ariff - August 4, 2008 05:56 AM (GMT)
QUOTE (hoahmaru56 @ Aug 2 2008, 07:35 AM)
peminat cerita nustara boleh....

aku x suka cerita seram :(

TAK SUKA KER TAKUT....

:D :D :D :D

antulaparbalikpagi - August 4, 2008 05:59 AM (GMT)
tarik punai?

lagi dia suka :lol: :lol:

elkay_lee - August 4, 2008 06:50 AM (GMT)
QUOTE (fadly98 @ Aug 4 2008, 12:56 PM)
Oleh sebab atas permintaan elkay, aku citerlah. Cerita ini berlaku di area Pulapah, Jempol. Time tu aku form 2. Aku teman ayah aku hantar abg aku ke Kem Pulapah. Jadi dalam perjalanan balik dari situ, mmg gelap giler sbb xde lampu jalan disamping dikelilingi pokok-pokok sawit. So, aku pun bukak kaset dengar lagu dangdut.....silap lagu XPDC. Tiba-tiba , sehelai kain putih sebesar cadar terbang melintasi cermin depan kereta ayah aku. Aku terkejut terus bukak tingkap nak tengok. Yg pasti kain tu terus terbang ke dalam pokok kelapa sawit.

So, rakan2 yg mana nak lalu jalan Jempol ke Kem Polis PULAPAH tu, hati-hati sikit lebih2 lagi yang bermotosikal. :huh:

HMMPH.. AREA SITU KAWAN AKU YANG TRAINING KAT SITU CAKAP MEMANG KERAS PUN.. KIRA SEMPOY LA EXPERIENCE KO TU! ADA LA JUGAK..

MACAM AKU NI.. EXPERIENCE JUMPA ANTU KER.. MEREMANG TENGKUK KER.. MEMANG TAKDE... SERIOUS! NAK STEAM BULU PUN SUSAH.. WAN TAU LER PASAL APA AKU CAMTU.. ;) (AGAKNYA PASAL AKU NI SE ELEMEN DGN MENDA TU KOT? ;) )

TAPI EXPERIENCE MAIN BOLEN, MEREMANG KONEK, SELALU! AGAKNYA PASAL ILMU SEDAP KUAT YANG AKU TUNTUT KOT!? :rolleyes:

fadly98 - August 4, 2008 07:24 AM (GMT)
xkan xde Uncle Elkay. Mana tahu pernah terserempak dengan perogol misteri ke!!!

blackie - August 4, 2008 07:29 AM (GMT)
bleh la try test jln bkt ampang - ulu langat...lalu la lepas kul 12am...

kalo tak beringat, mmg kena la kita... :ph43r:

tp kalo beringat sgt, beruk melintas kat depan pun kita sangka toyol... :lol: :lol:

fadly98 - August 4, 2008 07:30 AM (GMT)
Ada satu lagi cerita misteri. Peristiwa ini berlaku di LPT area dari Maran ke Exit Gambang. Berlaku tahun 2007 dan dialami oleh abang aku. Time tu abang aku balik dari KL dalam jam 12.00 malam ke atas. Tiba-tiba time lalu kt gaung tepi highway tu, abang aku nampak ada sepasang suami isteri bersama seorang kanak berdiri di tepi jalan memandang abang aku. Abang aku hairan sebab kt situ mana ada perkampungan melayu dan oramg asli. Lagi satu si suami tu memegang buntil pakaian seperti zaman dulu-dulu termasuk fesyen pakaian dia orang sama macam zaman dulu-dulu.

Jadi, untunglah konvoi korang ke kuantan balik pagi. Kalau x, konfirm dorang tumpang nirrajim, BOB, dan ijam. HuhuhuhU!!!!!!

175J Da Virus - August 4, 2008 08:31 AM (GMT)
Hmm.. cite pasal Supernatural nie...rasanye semo orang ada xpirian!!
Perasaan takut tu sentiasa over come dalam diri kita.....

Terus terang aku nie penakut orangnye (masa tengok cite seram je)....tapi bila aku sudah melalui pengalaman semasa bertugas atau berkursus asas,serba sedikit boleh mengatasi perasaan takut tu,cuma bila kita incounter uneasy feeling pasti meremang bulu roma dan mengundang perasaan seram....

Ini pengalaman aku:-

-Semasa aku menjalani Kursus Asas Pegawai di Kem PGA Briged Utara, Ulu Kinta,Perak,selama 6 bulan banyak perkara pelik berlaku,salah satunya ialah bunyi perempuan meratap dengan suara yang amat pilu,meratap mulai jam 3 pagi hingga azan subuh, Hampir 90% pelatih mengalami perkara yg sama,termasuk Jurulatih,ianya berlaku setiap awal bulan dan setiap kali sebelum dengar bunyi perempuan meratap..pasti waktu magrib ada pelatih pompuan yang kena serang histeria (time datang bulan)! Mula-mula takut jugak maklumlah...kami kena sentri (mengawal bgilir2) sekeliling Blok dan Dome stat 12-6 pagi...takut2 terserempak,ada sekali tu aku ditugaskan sentri dari jam 2 hingga 4 pagi...berdua je dan member,tgh sentri, terdengar suara misteri tu tapi sayup2...dari jauh agaknye....kami punyelah ketakutan...menyorok kat satu belakang Land rover sampai dekat kul 5 pagi mengigil2....daripada sembang2 gan Jurulatih,memang perkara2 cam tu biasa berlaku,perkara2 mcm nie lah yang betul2 menguji ketahanan mental..dahlah kena "SEKSA" disiang hari.(elkey tau lah!)..malam plak x boleh nak rilek kena lagi pengalaman misteri cam tu...

Ada lagi pengalaman misteri yang pernah aku alami semasa menjalankan satu Ops di suatu tempat di Melaka...aku kena stanby buat aktiviti pemerhatian di suatu tempat dan aku buat port kat sebuah bangunan berhampiran. Kami berempat bergilir2 buat kerja 24jam selama 4 hari.....pergh!! paling mencabar bila waktu malam....dah le nak buat pemerhatian...kena berjaga...diganggu dengan bunyi yang pelik2....kalau nak ikutkan hati mau blah dari tempat tu..tapi x boleh sbb arahan kena buat. je..kami berdoa je..alhamdulilah..benda tu x tunjuk muka...tapi pemerhatian kami terganggu dan sabjek (suspek) terlepas kuar dari tempat tu entah bila.....balik,ketua kena bambu hehehehe....

Dan pada aku yang paling misterinya...semasa aku keje kat Melaka...semasa aku nak balik selepas satu operasi (kul 2-3 pagi)...aku naik moto skuter aku....so semasa aku melalui satu jalan ni (Jalan Bukit Serendit ke Jalan Bukit Cina) ada banyak kubur Cina...kebiasaannya tak de masalah..tapi pada malam tu aku rasa pelik betul....masa ride nak lalu...agak nampak atas permukaan jalanraya berasap seperti kabus nipis bergerak lembut....aku stop sekejap sbb terperanjat...pastu aku tawakal jalan le...rasa moto makin berat.......meremang bulu roma..aku rasa x sdapat hati...aku buat U turn yang drastik,baca ayat kursi pastu pecut balik semula ke opis....sampai opis...jaga aku dah tutup gate...aku macam nak nanggis panggil jaga aku suruh bukak pintu..last2 aku tido kat opis gan member-member lain yang masih lagi kat opis ,mereka pakat gelak kat aku sampai sebulan dok kutuk aku...dorang kata aku PENAKUT hehehe... tapi tulah kenyataan... hehehehe

Aku berjaya gak serba sedikit dapati atasi perasaan takut tu bila berlakunya pengalaman2 sebegini sperti pernah melalui kursus motivasi dan Solo Drop di tengah2 hutan sorang-sorang! Tengok mayat yang mengerikan dan macam2 lagi...Yelah nak jadi Law Inforcement ni hati kena kering skit.....(elkay taulah!)

fadly98 - August 4, 2008 08:52 AM (GMT)
Cerita seterusnya semasa aku mula melangkah kaki ke alam kerjaya di Felda Kerteh 1.

Dulu sebelum aku berkhidmat di UMP, aku berkhidmat dengan Felda Technoplant. Mula-mula seronok sebab kerja kt Kuantan dekat dengan rumah. Tp lepas 2 bulan kerja, aku ditukarkan ke Felda Kerteh 1 bagi menggantikan staf yg pencen. Sedih betul aku. Nan x nak aku pergi jugak. Selamba jer aku pergi dengan moto.

First day aku sampai, aku jumpa bos dan dorang bagi rumah staf kt aku. Rumah tu bekas rumah bos aku tu. Dia pindah ke rumah staf baru. Rumah memang luas cuma duduk atas bukit sikit dan jauh dengan jiran. Semak samun jangan ceritalah. Bayangkan rumah besar atas bukit tp aku tinggal seorang.

So, aku pun duduk. Budak2 opis aku xde cerita apa-apa kt aku pasal umah tu. Aku pun duduk. Bila aku ke opis, ada jugaklah staf bertanya pasal umah tu. Aku kata ok jer sbb aku x kisah tido kt mana janji bole hantuk kepala. Tp dulu zaman tgh alim, lepas maghrib selalu baca quran.

Adalah nak jadi satu cerita, aku tido kt bilik yg kecik sbb katil single ada, molek2 aku tutup lampu, tiba2 pintu bilik lain dihempas kuat. Tp, aku x layan terus tido sebab besok nak keje. Aku buat biasa jer sampailah berbulan-bulan lamanya.

Tak lama lepas tu, adalah budak baru datang lapor diri. Dia pun tumpang umah aku sbb banyak bilik kosong. Tp aku dan dia lebih gemar tido kt ruang tamu layan movie malam2.....kadang2 ada jugak citer blue.....heheheheh......

Mamat ni banyak kene ganggu. Ada kene tindih, ada tgh2 tidor, nampak orang pergi ke tandas lalu depan ruang tamu. Tp aku alhamdulillah xde lagi lah terserempak. Paling best, member aku bawak playstation. Masa tu jugak ramai staf baru lapor diri tp dorang tinggal umah lain. Jadi malam2 ramai yang datang lepak umah aku main game.

Nak jadi cerita, malam tu member aku Azri balik awal, jadi tinggallah aku n the gang main game. Time tgh main tu, member aku nampak Azri tgh lepak depan kereta aku kt depan pintu. Pelik sebab member aku dah lama balik. Hairan bin Ajaib.

Banyaklah cerita ganjil berlaku cuma bagi aku, jin dengan dunia dia, kita manusia dengan dunia kita. Dan yang paling penting QURSI hendaklah sentiasa dibaca bukan sahaja sebelum tido.

Apabila bos aku sendiri buka mulut, baru aku tahu pasal apa bos aku pindah. Rupanya bos aku selalu diganggu oleh seorang perempuan di tengah malam yang sentiasa menangis di depan rumah. Jadi anak bini x tahan lalu pindah. Disebabkan aku staf baru, maka dorang nak kenakan aku tp alhamdulillah aku x kene. FuhhhhH!!!!

ariff - August 4, 2008 09:02 AM (GMT)
BAHAYA TU KENA TINDIH

BIASANYA AKU YANG MENINDIH

:D :D :D :D :D

elkay_lee - August 4, 2008 09:17 AM (GMT)
CITER KAT SINI... HABIS KAT SINI JER...

BUKAN NIAT AKU NAK SHOW OFF SOMETHING ATAU BERLAGAK... MALAH AKU PUN TENGAH SIASAT MENDA NIH... AKU PERCAYA YANG SESUATU BERKENAAN KETURUNAN ENTAH SAKA KER APA KER YANG BUAT AKU SUSAH NAK EXPERIENCE ATAU MERASAI KEHADIRAN ENTITI SUPERNATURAL NI.. BOHONG LA KALAU CAKAP AKU TAK TAKUT... TAPI KALAU DAH TAK PERNAH JUMPA ATAU RASA MACAM DIHAMPIRI.. AKU NAK RASA TAKUT MACAM MANA? AKU MACAM NUMB AJER LAA..

AKU PERCAYA MENDA MISTIK NIH MALAH AKU JUGA PENGAMAL BEBERAPA ILMU MASA DULU... SKANG NI AKU DAH TINGGAL DAH.. CUMA TINGGAL QADAM 2-3 PERKARA JER LAA...

MAHAGURU WAN NIRRAJIM, NANTI KITA ARRANGE HAL YANG KITA BINCANG HARI TU OK!

KALAU KORANG NAK BERUBAT KE ATAU KENA GANGGUAN KER... CUBALAH TANYA2 KAT WAN TU KALAU DIA BOLEH TOLONG...

elkay_lee - August 4, 2008 09:29 AM (GMT)
TAMBAH SKET.. TAKUT NANTI KORANG SALAH SANGKA PLAK...

AKU AMAL ILMU AYAT AWEK JER NGAN PENYERI MUKA... SEKARANG PAKAI FAIR & LOVELY DAN LOVELORN MINYAK LINTAH GUNUNG DAH CUKUP! HAHAHA! :lol:

hoahmaru56 - August 4, 2008 10:01 AM (GMT)
QUOTE (ariff @ Aug 4 2008, 12:56 PM)
QUOTE (hoahmaru56 @ Aug 2 2008, 07:35 AM)
peminat cerita nustara boleh....

aku x suka cerita seram :(

TAK SUKA KER TAKUT....

:D :D :D :D

x suka = takut lar.....LOL.

:lol:

sebelum pergi PD bike fest, lepak satu mlm dengar cerita Lawless......seram aku :unsure: :unsure:

fadly98 - August 4, 2008 12:16 PM (GMT)
WAHAI RAKAN-RAKANKU, APA KATA KITA BUAT RIDE KE KELLIES CASTLE. BEST TEMPAT TU. :)

elkay_lee - August 5, 2008 12:11 AM (GMT)
KALAU CAMTU SURUH CIKGU MANTOI ARRANGE LAH! MENARIK TU!
B)

Eddyz - August 5, 2008 01:44 AM (GMT)
kalau mau best lagi ride kat bukit putus kul 2.35 pagi time bulan suam2 kuku......... tapi skrg dah banyak lori kot....mungkin kurang gangguan......... :(

triplesaber - August 5, 2008 02:00 AM (GMT)
Sbg seorang Muslim, aku sarankan kita memandang dr sudut perspektif Islam mengenai entiti hantu ni (bukan antulaparbalikpagi).
Sebenarnya, kita tak perlu takut pada bende nih, jin dan setan ni, tapi kita perlu kuat, bukan kuat makan, tapi kuat pendindingnya iaitu amalan kita, amal soleh.

Perlu dititikberat juga tentang tahyul yg perlu dihilangkan dari kepercayaan kita. Jin dan syaitan itu wujud sprtimana trmaktub didalam Al-Quran, namun kebanyakan kita percaya wujudnya hantu itu hasil daripada 'roh' orang yg mati yg kononnya terawang-awangan tak diterima kubur atau ada perkara yg belom selesai di bumi.

Kepercayaan itu adalah tradisi temurun yg diperturunkan dan dipercayai dari zaman orang Melayu belum Islam. Jin dan Syaitan diberi kebenaran oleh Allah utk menganggu manusia, dan mereka boleh menyerupai dan ada akses info trhadap sapa2 atas izinNya.

So, mari kita ubah persepsi kita trhadap kewujudan hantu ini. Hantu itu WUJUD tapi bukan disebabkan roh sapa2 yg telah meninggal. Orang yg sudah meninggal telahpun kita belajar tentang apa yg akan berlaku kepada rohnya..

Memang dia suka muncul dgn elemen2 seram sprti bunyi hilaian, muka hodoh, unsur2 saspen (mcm dlm filem) tapi insyaallah jika iman kita kuat, depa x brani ganggu kita.

Amalkan yg Haq, jgn amalkan yg kurafat. Al-Quran itu lautan ilmu. Selain ayat Qursi, boleh amalkan juga ayat Haikal buat pendinding.

Wallahua'lam

fadly98 - August 5, 2008 02:20 AM (GMT)
Bagus triple. penjelasan yg bermakna.Memang betul ramai di antara org melayu kita ni yg percaya hantu berasal dari roh yg tidak diterima walhal Al-Quran dah jelas mengatakan bahawa apabila seseorang anak adam itu mati tidak kiralah ia Muslim atau tak, ia terus dikapan di bawa ke alam barzakh. Jadi tak timbul isu roh tak diterima bumi.

elkay_lee - August 5, 2008 02:21 AM (GMT)
SETUJU!

LAGIPUN KEBANYAKKAN KES YANG BERLAKU (DARI PERSPEKTIF SAINTIFIK) ADALAH DISEBABKAN GANGGUAN SARAF SERTA TEKANAN MENTAL HASIL DARI PERASAAN TAKUT DAN GERUN DAN KEMUDIANNYA TERJADILAH HISTERIA DAN SEBAGAINYA. (SEPERTI TAKUT NAK TURUN PD NANTI KENA TANGKAP POLIS)

APA PUN DUNIA KITA YANG REALISTIK NI SELARI DENGAN DUNIA MISTIK. TERPULANGLAH ANDA SEMUA MENGAKUI DAN MENERIMANYA ATAU TIDAK. YANG KUAT JIWA DAN AMALANNYA AKAN MENENTUKAN SURVIVAL... TAKUT PUN ADA BAGUSNYA... SUPAYA KITA SENTIASA BERINGAT.

WALLAHUALAM.

B)

Eddyz - August 5, 2008 02:56 AM (GMT)
kalau ghamai hantu menjelma macam polis trafik.......rasanya kurang laa gejala lumba haram............wahwawa :D

elkay_lee - August 5, 2008 02:59 AM (GMT)
QUOTE (Eddyz @ Aug 5 2008, 09:56 AM)
kalau ghamai hantu menjelma macam polis trafik.......rasanya kurang laa gejala lumba haram............wahwawa :D

HAHAHA BETUI TU! LAGI ORG TAK BERANI NAK KUAR MALAM...! BUKAN PASAL TAKUT HANTU.. TAPI TAKUT HANTU TU SAMAN... TULIS DENGAN DARRRRRAH! :lol:

antulaparbalikpagi - August 5, 2008 03:27 AM (GMT)
ni citer laki member wife aku. dia techician kapaterbang mas. keja sampai larut malam, kalau kena shift ptg, balik kengkadang sampai kul 3-4pagi. keja klia, umah kat saujana putra sana. g keja naik ex5 je. saujana putra laluan masuk tu ikut shortcut dr umah aku ke umah nabil tu le. tempat nabil cakap ada pompuan mati kena bunuh n cikgu mati kena laggar lori tu. :(

ada satu hari tu dia balik kul 3. moto rasa berat. dh la nak masuk ke tempat dia tu gelap, takde lampu jalan. tapi dia wat derk je. sampai umah, cecepat masuk tido.

sekali suda mimpi ada sekor antu suda ikut dia balik. mengilai2 kacau dia dalam mimpi sampai x leh tido. tapi dia ni jenis keras ati punya, budak melayu serawak. dia wat derk je. masuk seminggu dia kena kacau, antu tu pun naik boring. pastu meracau2 suh antar dia balik. <_<

yg bestnya, brader tu selambe je cakap kat antu tu. "sapa suh ko ikut aku balik? dah, pegi balik sendiri! x kuasa aku nk ngantar!!" kena saound mcm tu, terus antu tu x kacau dia lagi. :lol: :lol:


kalu geng kita yg biasa dtg umah aku bila wat makan2. brader ni slalu ada. kecik2 je orangnya, rambut sikat belakang. dahi suda jendul sikit. B)


p/s: keep on comin guys, best gak layan citer seram nih :ph43r: :ph43r:

ariff - August 5, 2008 04:00 AM (GMT)
QUOTE (Eddyz @ Aug 5 2008, 09:56 AM)
kalau ghamai hantu menjelma macam polis trafik.......rasanya kurang laa gejala lumba haram............wahwawa :D


HANTU PUN TAKUT NK MUNCUL SEBAB MAK REMPIT PUN DH MACAM HANTU

triplesaber - August 5, 2008 04:04 AM (GMT)
Ada skali tu kakak aku suda terangkut anak jin mana ntah bawak balik ruma. Balik dr Bukit Belacan le, dah la time balik tu nak senja dah.
Mlm2 mcm denga budak nangis. Dipendekkan cerita, ada sorang yg alim tu pi hanta balik. Dinasihatkan bila balik dr hutan ke apa ke, jgn le terus blah camtu, nak masuk rumah pun kena la baca ayat qursi dulu supaya insyaallah apa2 benda yg ikut tu xleh join masuk ruma skali..

lagi satu kalo tinggalkan ruma lama2 pun x elok. Entiti suka lepak dlm ruma yg kosong. Pasal tu elok kalo masuk ruma kasik azan dulu segenap ruang kalo dah lama tinggal.


Pengalaman jalan misteri, jalan lama dari Puchong ke Serdang tahun 90an dulu (kawasan yg skarang ada Jusco, Pasar Borong sume tu). Time tu nak jadikan cerita, malam jumaat. Aku satu family balik dr JB, abang aku drive. Aku dok blakang tgh layan ngantuk, tgk jam sudah ngam2 kul 12 mlm. Terdetik lak hati aku "Pukul 12 mlm, takkan takde hantu, mlm jumaat pulak tu".

Sambil2 aku tgh nak tido tu, aku pandang luar, nmpk 2 lampu kaler merah terawang-awangan kat udara. Aku ingtkan lampu dr menara telekom yg ju pasang tu, so aku mcm x trpikir benda tu hantu ke apa ke. Tapi aku perasan le yg lampu tu x statik, maknanya dia mcm terbang2 dan sesekala mmbentuk mcm satu objek. Ngantuk punya pasal aku terus lelap.

Sedar2 dah sampai ruma. Sambil nak masuk bilik tido, aku denga bapak aku suruh abang aku jgn balik dulu, stay kat situ mlm tu sbb dia rasa x sedap hati (rupanya bapak aku suda nmpk benda merah tadi dan tau apa bendanya). Tapi abang aku tetap mau balik jugak sbb esoknya dia keje.

X lama lepas tu, kakak ipar aku tepon. Dia kata abang aku suda mcm kena sampok. Rupa2nya, on the way balik lalu jln sama, itu hantu penanggal 2 eko tadi suda kacau dia. Tgh drive depa dok melayang2 dpn cermin. Abg aku drive mcm x cukup jln, abis dia redah trafik light, sampai ruma je dia bunyikan hon sampai jiran2 sume trjaga. Kakak ipar aku ckp dia dok tekan hon sambil tangan masih grip kat stereng ngan muka dok pandang depan mcm terkaku.. Terus mc seminggu hahahahaha..

Tapi kawasan tu skrg suda pesat membangun, skrg suda ada Jusco. Hantu2 sume suda lepak sana..


dukujr - August 5, 2008 04:20 AM (GMT)
QUOTE (fadly98 @ Aug 4 2008, 12:56 PM)
Oleh sebab atas permintaan elkay, aku citerlah. Cerita ini berlaku di area Pulapah, Jempol. Time tu aku form 2. Aku teman ayah aku hantar abg aku ke Kem Pulapah. Jadi dalam perjalanan balik dari situ, mmg gelap giler sbb xde lampu jalan disamping dikelilingi pokok-pokok sawit. So, aku pun bukak kaset dengar lagu dangdut.....silap lagu XPDC. Tiba-tiba , sehelai kain putih sebesar cadar terbang melintasi cermin depan kereta ayah aku. Aku terkejut terus bukak tingkap nak tengok. Yg pasti kain tu terus terbang ke dalam pokok kelapa sawit.

So, rakan2 yg mana nak lalu jalan Jempol ke Kem Polis PULAPAH tu, hati-hati sikit lebih2 lagi yang bermotosikal. :huh:

WOI....apalak ko citer mende ni....ni kawasan laluan aku laaa..... :angry:

175J Da Virus - August 5, 2008 04:21 AM (GMT)
Apa kata kita mintak SEEKERs menyiasat...at least dapat kita masuk TV

dukujr - August 5, 2008 04:43 AM (GMT)
Ni citer aku....bukan aku yang jumpa la...aku memang tak penah jumpa entiti ni...dan aku mintak le tanak jumpa langsung...

Kisah ni masa aku form 5 kat mrsm muar....bilik kitaorang kira 2 orang sebilik...dipisahkan dengan bilik sebelah pakai dinding plywood je...so satu bilik ada 2 katil..pastu kat ujung katil ada macam pangkin tempat letak buku ngan studi...

Kisahnye member aku ni gemar merayau dlm dorm waktu malam...satu malam tu lebih kurang pukul 12 ke 1 pagi...dia merayau la..pastu bila dia lalu bilik aku...dia jengok la...aku tengah baekkk lelap masa tu...masa dia jengok tu...dia nampak ada sorang tua berjanggut panjang pakai serban ngan jubah putih tengah bersila kat pangkin tu sambil tengok aku tido.....

Lepas tu seminggu aku tak tido kat bilik aku.....

Bila teringat citer ni...aku teringat lak...tahun 1999, masa tu aku bujang laie...ada satu malam tu aku tido umah sorang pawang la kat rompin, negeri sembilan....malam tu aku mimpi jumpa sorang tua berjanggut, pakai serban ngan jubah putih...dia kata dia dari perguruan apa tah aku lupa...dia suruh aku bangun semayang subuh....terus aku terjaga...pastu aku cerita la ngan pawang tu apa aku mimpi....dia koba dia penah dengar nama perguruan tu...

pastu abih la...aku pun dah lupa citer ni sampai la ari ni aku teringat balik...

blackie - August 5, 2008 05:20 AM (GMT)
sy pun nak citer...

1 kg di Daerah Kuala Pilah, N9...jln menghala ke Tampin...

sbg mat rempit sejati, berlumba haram di tengah mlm adalah menjadi kebiasaan. Alah bisa tegal biasa, Ali (bukan nama sebenar) mmg sudah biasa meredah jln seremban - kuala pilah di hening mlm bertemankan embun jantan.

bukit putus yg penuh misteri itu menjadi ratahannya setiap mlm minggu. tiada lagi rasa gentar. Pada Ali, cerita2 mistik di bkt putus itu hanyalah utk menakutkan org2 yg penakut sahaja. sesampainya Ali di pekan Kuala Pilah, dgn bongkak hatinya berkata "hah! kan aku dah ckp, mana ada hantu setan kat bkt putus tu...hantu setan tgk aku pun takut!"

mungkin ini sbg 1 titik tolak utk diri Ali melakukan 'perubahan'. Selepas Ali melepasi pekan Kuala Pilah, motosikal Suzuki GP100 nya yg power itu tiba2 tersedak2. terasa semakin memberat. seperti ada pembonceng. dgn tak semena2 bulu tengkuknya meremang. berkumandanglah suara ayahnya "Kau dah jumpa nnt baru kau serik balik pagi2 subuh hadam nih agaknya!"

lehernya terasa sejuk ajer seolah2 dititis air batu. (erkkk!!...sy kat sini pun meremang bulu roma nak bercerita). terasa sepasang tangan mengurut2 lembut leher Ali. sepasang tangan sesejuk air batu campur!.

dengan kedegilan dan kekerasan hati Ali, dia dgn beraninya menoleh ke belakang.

JENG!!!!!

tiada apa2.

sebaik sahaja Ali menoleh semula ke hadapan, sekonyong konyong sebuah motosikal keluar dari kepala simpang!...

skreeeeetttttt!!!!! Ali mengeluarkan skil tunggangan yg pawer...kedua2 mereka terselamat.

kelihatan seorang pakcik tua berkopiah mengurut2 dada. Ali dgn rasa kasihan, menghampiri pakcik tua ini.

"maaf pakcik!"

pakcik itu senyum aja...dari senyuman lebar dari pakcik itu, telah menampakkan sepasang SIONG terhias di giginya...

AAAAAAAARRRGGHHHHH!!!!

dgn pantas Ali memecut motosikalnya ke tempat yg selamat.

dlm keadaan cemas itu, Ali cuma dpt berfikir, hanya ada 1 tempat yg paling selamat.

Ali telah memasuki Balai Polis Daerah Kuala Pilah!.

Ali telah ditahan kerana no plate motosikalnya disyaki terlibat dlm lumba haram di sekitar daerah itu.

~sekian~

p/s :: Inspired By True Stories....cerita di atas adalah adaptasi dari 3 cerita berasingan, sy kombine kan utk menyedapkan cerita. tima kasih krn sudi membaca :D

triplesaber - August 5, 2008 05:41 AM (GMT)
seb baik kat sini takde ikon 'tahi' tu hahahahahaha... amende punya cerita seram ni blackie ooi?

ariff - August 5, 2008 05:48 AM (GMT)
NK KONGSI JUGA LA CERITA NE

kalau lalu hi way dari air hitam nak ke jeebee laluan di antara machap ke sedenak

jiran aku di batu pahat ne dulu selalu balik mlm mlm dari jeebee balik batu pahat naik
motor sekuter masa tu aweks dia kat jeebee. Suatu mlm dia balik lepas jumpa aweks dia. dia seorg diri bawa motor dlm kelajuan 120km/j tapi bila sampai laluan hi way sedenak kiri kanan jln gelap biasa hi way tiba-tiba motor terasa berat dan meter motor turun 70km/j tapi dh pulas habis. member aku dh rasa lain macam tapi buat bodoh ajer...bila dah nak sampai simpang renggam motor laju balik 120km/j dia bernasib baik tak jumpa apa-apa.

Pengalaman aku sendiri masa aku kerja jeebee. aku ada kursus di Kluang, aku 3 org rakan keja balik dari kursus nk ke jeebee mlm dgn menaiki kereta aku duduk di sebelah pemandu. Tiba- tiba asyik ada kereta dam lampu kat kereta yg member aku pandu dan laju terus potong kereta member aku. Oelah kerana asyik ada kereta dam lampu, pada hal member aku bawa laju dlm 120km/j di line sebelah kiri. member aku beritahu aku dia tanya kenapa dia org asyik dam lampu. tiba-tiba kereta yang member aku pandu rasa seperti bergoyang kekiri dan ke kanan. masa tu aku tak terfikir apa-apa
aku masih berfikiran positif dan aku ingatkan mungkin tayar kereta pancit kot. aku suruh member aku berhenti di tepi jln dan periksa tayar tapi tepi jln gelap sgt. jadi aku suruh cari tempat terang sikit. bila dah berhenti tepi jln dan aku minta member aku lampu suluh aku suluh keempat-empat tayar ok. masu tu aku berada di luar kereta dan masa tu juga bulu roma terus naik yang member aku satu lagi duk kerusi belakang kereta tengah sedap membuta. aku cakap dgn member aku yg pandu kereta cepat-cepat masuk kereta nanti dlm kereta aku cerita. bila dh dlm kereta aku tak jadi cerita sebab dia kata bulu roma dia pun meremang juga. samapai di rumah baru aku cerita dgn member aku tentang jalan kat situ. rupanya masa kereta aku bergoyang tu di laluan hi way sedenak. alhamdulilah aku selamat sampai dan tak jumpa apa-apa. lLagi satu kebetulan mlm tu mlm jumaat

cerita ne tak berapa seram tapi pengalaman aku sendiri la....

blackie - August 5, 2008 05:53 AM (GMT)
QUOTE (triplesaber @ Aug 5 2008, 01:41 PM)
seb baik kat sini takde ikon 'tahi' tu hahahahahaha... amende punya cerita seram ni blackie ooi?

sebenarnya inti pati citer sy tu cuma...

1. naik moto sorang tp berat mcm ada org tumpang

2. leher rasa mcm nak kena cekik ngan tgn sejuk

itu je...

===============================

kan dah jadi tak best bile direct to the point... :P :P :lol:

blackie - August 5, 2008 06:09 AM (GMT)
citer ni tak seram la tapi aneh...

saja nak kongsi...pengalaman ayah sy

-------------------------------------

kejadian ni terjadi dekat tgh2 kl...jln semarak, stinggan kg semarak (skang dah takde dah)...

satu petang di rembang maghrib, ayah sy keluar pegi surau naik muto....sbb ndak beli rokok lajak skit lah ke kedai...dah beli dia pun balik...sbb tergesa2 nak ke surau...dia ikut shortcut yg selalunya digunakan oleh pejalan kaki...

rasa pelik di hati bila terjumpa sebuah jambatan besi....kat sini mana ada sungai....tapi di bawah jambatan tu mengalir sebatang sungai yang jernih airnya....ayah sy memberhentikan muto....

nampak pula di seberang jambatan ada 2 baris rumah ala berek kelamin 'balai bukit kepong' yg tersergam cantik....lanskapnya punyalah cantik mmg tak dpt digambarkan....

ayah sy menyalakan sebatang rokok.....tak lama lepas tu sebuah teksi melalui jambatan itu.....ayah sy perhatikan teksi itu....tak nampak pulak siapa drivernya sbb cermin kereta itu heavily tinted....hitam pekat....pelik...mana ada teksi awam yg berani pakai tinted mcm kereta menteri ni.....

ayah sy teringat yg dia ndak ke surau....dia pun pusing balik dan terus menghala ke surau.....

bila sampai di surau dilihatnya imam telah mengangkat takbir....cepat2 ayah sy naik ke surau dan terus masbuk...

bila dah rakaat kedua, imam membaca doa qunut....apsal pulak imam ni?....solat maghrib ada baca qunut....terus ayah sy niat mumfarakah dan teruskan solat.....

setelah selesai berdoa, ayah sy pun terus pulang ke rumah...dia pelik kenapa rumah berkunci.....

bila ayah sy ketok pintu, sy dgn muka bantal bukak pintu....kena marah sy sbb tido waktu maghrib.....

dgn muka kontrol hensem sambil menyalakan rokok, sy kata kat ayah sy, skang nih bukan maghrib tp dah subuh...

sy pulak dgn muka masam skit tanya, kemana ayah pergi sbb semalaman kami mencari ayah di sekeliling kampung tak jumpa....nak kata pegi masjid mindef, sy sendiri yg pegi ke sana tapi ayah tak ada di sana....kat masjid sri rampai pun takde...

ayah sy diam sampai la dlm kul 9 lebih tu masa tgh sarapan, barulah ayah ceritakan apa yg berlaku.....

-------------------------------

tima kasih krn sudi baca cerita aneh ayah sy.... B)

tp kan......sy rasa ayah sy saja nak kaver line tu...sy suspek dia gi dandut la mlm tu... :lol: :lol: :lol:

ariff - August 5, 2008 06:13 AM (GMT)
ADA SATU LAGI CERITA

Cerita ne terjadi semasa aku belajat di KOLEJ INSPEKTOR KESIHATAN Jln Bngsar

masa tu aku duk hostel satu bilik 4 org dgn katil 2 tingkat. kwn aku ne duk katil bawah aku katil atas. suatu mlm dlm kul 2-3 pg dia tersedar dan rasa nk terkencing dia bangun dan terus gi bilik air dlam keadaan separuh tidak sedar terus bukalampu bilik air semasa dia buka zip seluar tiba-tiba lampu mati terus tak jadi kencing dan dia buka balik lampu apabila dah buka lampu sekali lagi dia nk kencing dan sekali lg lampu mati dlm fikiran dia mesti bebudak kacau dia jd dia ters kencing. selepas kencing dlm gelap dia terus masuk bilik dan tido. keesokan pagi dia terfikir siapa pukul 2-3 pagi yang kacau dia sedangkan mlm tu semua bebudak hostel dh membuta. dan lagi satu byk cerita seram di hostel tu.

satu lagi cerita tentang senior aku dia ahli silat dan belajar lewat-lewat mlm meja study dia menghadap tingkap suatu mlm lebih kurang 3-4 pagi semasa dia tegah study ada lembaga hitam lalu depan tingkap dia. dia buat bodoh ajer...tapi bila asyik lalu sahja depan dia, dia pun hangin. dia pun bercakap seorang diri AKU TAK KACAU KAU, KAU JGN KACAU AKU. tapi benda tu masih kacau member aku study. lagi dia hangin terus dia cakap KALAU KAU BERANI MUNCULAH DEPAN AKU. tiba-tiba benda tu muncuk ada kepala tapi tiada badan dan member aku terus PENGSAN esok pagi member senior aku tu bangun dan nampak senior ne dah pengsan jatuh sebelah meja study. member dia tanya kenapa kau tido kat sini, dia pun cerita apa yg terjadi mlm tadi.

blackie - August 5, 2008 06:25 AM (GMT)
tingat pulak, atok sy kata...

"Kau hormat dia, dia mesti hormat engkau. Tak jadi salah hormat kat mereka. Yg jadi salah tu bila kita lebih 'memuliakan' mereka."




* Hosted for free by InvisionFree