View Full Version: nk mod atau potong chasis tgk nie dulu!!!

Choppersgarage > Law & Enforcement > nk mod atau potong chasis tgk nie dulu!!!


Title: nk mod atau potong chasis tgk nie dulu!!!


devils tails - November 14, 2007 12:08 PM (GMT)
Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ



Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-

1. Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
2. Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
3. Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
4. Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
5. Pengubahan ke atas sistem brek.
6. Pengubahan ke atas sistem steering.
7. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
8. Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
9. Penukaran enjin.
10. Pemasangan Sunroof di atas bumbung

Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-

Pengarah,
Bahagian Kawalselia Teknik,
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Aras 2, Blok D4, Parcel D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62620 Putrajaya

Perkara-perkara yang perlu disertakan bersama permohonan, antaranya ialah:-

1. Pelan lukisan yang lengkap yang menunjukkan dengan terperinci tentang ubahsuaian yang dibuat termasuk ukurannya dan langkah-langkah yang diikuti.
Spesifikasi teknikal berkaitan dengan pengubahan.
2. Di mana perlu sijil atau surat pengesahan daripada Jurutera Profesional (Kejuruteraan Jentera/Automobil) yang menyatakan dan mengesahkan bahawa rekabentuk dan pengubahsuaian yang akan dilakukan ke atas kenderaan adalah stabil dan selamat digunakan.
3. Butir-butir berkaitan dengan kenderaan yang hendak diubahsuai.

Sebarang pengubahsuaian yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau yang akan menyebabkan kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalanraya tidak akan dibenarkan

abangyus - November 14, 2007 03:18 PM (GMT)
kalau keta wira aku nak pasang disk brek kat belakang pun kena dpt permission JPJ la ye...

no5.

sawn - November 14, 2007 06:49 PM (GMT)
Btl tu abgyus.. mase aku main kete camtu la. Pepe pn kene mintak surat kawal sedia skrg ni... dh ler kene tggu 2 mggu plak tu bru dpt...

triplesaber - November 15, 2007 03:18 AM (GMT)
Kesimpulan yg aku bule buat dr penerangan ni=

SEMUA MOTO KITA SEBENARNYA HARAM BERADA DI JALAN RAYA MENGIKUT UDG2 MALAYSIA!!! hahahahahahahah!!!!

apo nak buek...
kalo kustom moto ikut arahan ni nak ke depa luluskan?

Lukis plan cantek2, "Encik, saya nak buat moto Jaguh saya ni dari bentuk asal ke frame rigid, pastu tengkok dia kasi ejas 45 darjah, sepit udang saya nak panjangkan 10 inci.. camtu ka? Keselamatan? Encik jgn risau, dgn bentuk camni, saya tak mampu utk merempit dan mencelah2, bawak pun steady dan cool je. Jurutera professional yg mengesahkan plan ni ialah En. Dion The Lawless dan En. Antulapar.

rasta - November 15, 2007 03:46 AM (GMT)
...wakakakakaka....biasala bro,kalo kita nak buat moto ekot design yg kita suka then nak mintak kebenaran atau permit pihak yg berkenaan alamat tunggu kucing bertanduk la jawab nya heh.... :rolleyes: ---HOBI & MINAT MENGATASI SEGALANYA--- :rolleyes:

devils tails - November 15, 2007 04:06 AM (GMT)
kalau cukup syarat semua tu leh hantar tp zaman bila approved tak tau la paperwork punya la berlambak nk wat....tapi kalau cukup syarat dan disertakan surat sokongan vvip konprem la cepat... <_< <_< <_<

triplesaber - November 15, 2007 04:49 AM (GMT)
Cuma dlm hal ni, kita kena berhati2 le time riding, jgn sampai trlanggar bontot kreta org, byk masalah berbangkit, kena pulak org tu xleh nak lebih kurang, kalo dah sampai pi repot tau2 je la..

Sapa crita kt aku aritu, moto mmbr yg kustom, langgar bontot kreta, pi repot, moto kena sita, masuk Puspakom, penuh list brg2 'haram'.. tapi atas budi bicara, nasib baik bule kluar gak moto, ada kes lain, nak bawak klua kena stendedkan balik...mmm, entahla...

golfphunk - December 2, 2007 02:09 PM (GMT)
what happens if JPJ catch u and u don't wanna bribe..

how much the saman might be if they catch you with illegal frames, no meters, wide tyres...etc etc

mopreme - December 2, 2007 03:34 PM (GMT)
QUOTE (golfphunk @ Dec 2 2007, 09:09 PM)
what happens if JPJ catch u and u don't wanna bribe..

how much the saman might be if they catch you with illegal frames, no meters, wide tyres...etc etc

the most have to avoid is jpj
because they didn't do un-operasi roadblocks. all is operasi
they sita bikes

but the good news is easier to know which road is their favourite spot. avoid it during festive season, weekends

Lordbogon - December 3, 2007 10:53 AM (GMT)
yeah..mana leh avoid kita avoid la...dh tau jln tu jln panas jgn la lalu.kita d malaysia ni bnyak pilihan jalanraya..ikut blakang ikut depan ikut tengah mana2 pun bleh tembus jgak..ant cpt dgn lambat je la..tp lg bebaloi drp amk risiko..nsb xbaik kena saman lak..

n cm bro mopreme ckp kena jejaga sama jpj..they r soooo.... :angry:

lastly, brani custom brani la jawab..


devils tails - December 3, 2007 11:22 AM (GMT)
betui tu berani wat berani tanggung....lagi pun diorg buat keje diorg je. kita nie mengharap 'budi bicara' diorg je...ape la sgt nk tahan jaguh nie kan baik le diorg pi cari ikan2 yg lagi besau tuh..




* Hosted for free by zIFBoards