View Full Version: 3RPM – RANTAIAN REVOLUSI DAN RESOLUSI PENUNGGANG M

Choppersgarage > Law & Enforcement > 3RPM – RANTAIAN REVOLUSI DAN RESOLUSI PENUNGGANG M


Title: 3RPM – RANTAIAN REVOLUSI DAN RESOLUSI PENUNGGANG M
Description: Memorandum 3RPM


chopperSengkek - July 21, 2011 12:50 AM (GMT)
from : 'Bro' Lando Zawawi Lando a.k.a Dr Moto

TUJUAN 3RPM

3RPM adalah satu gagasan kelab-kelab, bengkel dan media cetak berkaitan motosikal yang berjuang demi hak, kepentingan dan tuntutan-tuntutan pengguna motosikal diseluruh negara.


MATLAMAT DAN PERJUANGAN 3RPM

1. Menjaga hak dan kepentingan pengguna jalan raya.

Adalah menjadi teras utama perjuangan 3RPM untuk memastikan hak dan kepentingan pengguna jalanraya terutamanya bagi golongan penunggang motosikal. Hak penunggang untuk dihormati dan tidak dilabel/dilayan sebagai pengguna jalanraya kelas ke-2. Kepentingan penunggang untuk menikmati prasarana jalinan jalanraya yang baik dan selamat. Sebagai contoh: Jalan raya yang berlopak dan sering banjir amat merbahaya bagi setiap penunggang di jalanraya. Lampu jalan yang tidak dipasang terutama dilaluan sunyi juga membawa risiko kes samun dan rompak pada penunggang.


2. Penambah-baikan kondisi lorong motosikal yang telah sedia ada.

Lorong-lorong motosikal terutama di Lembah Kelang (Laluan motosikal KL-Shah Alam di Lebuhraya Persekutuan dan Laluan Motosikal di Lebuhraya KESAS). Sebagai contoh: Dahan pokok yang terlalu rendang, berlubang, banjir dibawah terowong motosikal.

3. Menggesa pihak berkuasa membuat sekatan jalanraya (roadblock) ditempat yang sesuai.

Terdapat sesetengah sekatan jalanraya dilakukan dikawasan yang kurang sesuai untuk menghentikan penunggang. Sebagai contoh: sebarang sekatan jalanraya di selekoh tajam akan membuat penunggang terperanjat. Ini kerana kebanyakan kes samun juga berlaku di kawasan selekoh tajam. Sekatan di laluan tersembunyi juga seharusnya dijalankan dengan bantuan cahaya seperti lampu spotlight, yang bukan sahaja menjadikan lokasi operasi lebih terang, malah memudahkan anggota mengenalpasti suspek. Penunggang juga akan berasa lebih selamat dari ditipu oleh anggota ‘palsu’. Selain ini, sekatan jalanraya kecil juga harus dipantau oleh sekurang-kurangnya seorang pegawai bagi mengurangkan risiko kejadian rasuah di lokasi sekatan.


4. Memperjuangkan pengurangan harga motosikal berkuasa tinggi agar dapat dinikmati oleh semua penunggang di negara ini. (Duti Import dan Duti Eksais)

Harga motosikal berkuasa tinggi dinegara ini amat mahal berbanding negara jiran (Thailand dan Singapura). Masalah harga motor yang terlalu mahal ini sebenarnya menghalang penunggang untuk memiliki motosikal yang lebih baik dan lebih selamat untuk digunakan. Harga motosikal berkuasa tinggi yang jauh lebih murah dinegara jiran pula menjadikan Malaysia sebagai tempat pelupusan motosikal mereka (kerana wujud peluang untuk membeli motosikal skrap secara haram yang amat murah).


5. Kempen Pendidikan Saling Menghormati.

Mengurangi kes penunggang motosikal yang sering di himpit di jalan raya oleh kenderaan – kenderaan lain terutama lori dan bas. i.e: Kempen Pandang Cermin Sisi dan Kempen Sifat Murni dikalangan SEMUA Pengguna Jalanraya..

6. Usaha membenteras kejadian ragut bermotosikal dan rompakan di laluan motosikal .

Banyak kes rompak terhadap penunggang terutama di laluan KL-Shah Alam (Lebuhraya Persekutuan dan KESAS). Kejadian ragut bermotosikal juga amat berleluasa terutama di kawasan Lembah Kelang. Perlu difahami, penunggang motorsikal lebih ‘terdedah’ dengan risiko-risiko ini jika dibandingkan dengan pemandu kereta.



7. Kelulusan dari pihak Kementerian Pengangkutan Jalan dan penguatkuasa untuk motosikal membawa trailer kecil bagi membawa barang.

Penggunaan trailer kecil dibelakang motosikal sudah wujud sebagai salah satu aksesori motosikal sejak sekian lama terutama dinegara barat. Jika digunakan dengan betul, rakyat yang berpendapatan rendah akan lebih selamat menunggang untuk membeli barang-barang harian dengan menggunakan trailer ini. Jalanraya negara juga akan lebih selamat tanpa ada peruncit yang menunggang motosikal dengan membawa tong gas kesana-sini.


8. Kelulusan dari Kementerian Pengangkutan Jalan dan penguatkuasa untuk modifikasi ringan (light modification) terhadap motorsikal hak milik persendirian.

Modifikasi ringan bukan sahaja diminati oleh kebanyakan belia bermotosikal untuk tujuan gaya, malah ianya juga bagi tujuan praktikal.

Penambah baikan seperti menukar brek dram kepada brek cakera (disk), tentu menjanjikan kuasa berhenti yang lebih, cepat dan yakin. Begitu juga dengan modifikasi untuk ‘custom bike’. Industri ‘Custom bike’ dinegara barat sudah berjaya menjana berbillion dollar. Selama ini ‘Custom bike’ akan dipanggil untuk memeriahkan acara-acara belia namun selepas itu pemilik harus menyimpan semula kerana takut disita JPJ atas kesalahan mengubahsuaian. Seharusnya ada cara yang dapat difikirkan bagi mengatasi masalah ini.

*PERIHAL INI SUDAH MENDAPAT PERHATIAN DAN PERSETUJUAN DARI DATO SOHAIMI (KETUA BIRO EKONOMI PEMUDA PADA 3/7/11)

9. Menjaga nama baik kelab-kelab motosikal agar tidak disalah guna oleh individu, kumpulan atau event tertentu untuk kepentingan diri sendiri.

Akhir-akhir ini banyak acara event yang memperdayakan kelab-kelab motosikal.. Setelah ahli-ahli kelab dikumpulkan (ada yang tiba dari jauh, contohnya Johor!) ada penganjur yang bersikap lepas tangan walaupun mereka telah berjanji untuk menyediakan tempat tinggal, token dan makan minum. Kehadiran kelab-kelab motosikal ini hanyalah bagi meramaikan dan untuk diambil gambar bagi memujuk penaja untuk mengeluarkan bajet.

chopperSengkek - July 21, 2011 12:54 AM (GMT)
saya angkat tangan setuju... ada sape2 yg setuju, sila angkat tangan mcm saya!..

user posted image


sila la komen2 & kritik2

penunggu - July 21, 2011 01:23 AM (GMT)
harap jadi kenyataan..

tang no.4 tuh memang aku dok tunggu ajer.. ;)

bUd_StrAngeR - July 21, 2011 02:12 AM (GMT)
Saya bersependapat dengan abe penunggu...Bila lagi kite nak pake moto beso ye yoep... :lol: :lol:

chopperSengkek - July 22, 2011 12:50 AM (GMT)
aku suka yg no 8 tu :) ...tapi bukan ringan jer, berat pun sama la

Red Hot Cili Api - July 22, 2011 03:37 AM (GMT)
Aaaa... yang ini aku x stuju.................................. klo ade sesape yg x setuju.....


Sbgai penonggang sejati, ble perkara2 tersebot dpt dilaksanakan mmg jelas terasa nekmatnya!!!! (mee seedap style)

Bak kate Bro CS & Penunggu, no 4 & 8 adalah menjadi igauan saye jugaa!!

ketetel - October 12, 2011 01:17 AM (GMT)
Sangattttt...setujuuuuu...!!!!!


Harap-harap tak menjadi tukun atas kertas je cadangan ni...




* Hosted for free by zIFBoards