View Full Version: Tip Pemeriksaan Motosikal MOdenas

Choppersgarage > Bikers Garage > Tip Pemeriksaan Motosikal MOdenas


Title: Tip Pemeriksaan Motosikal MOdenas
Description: Mentening Ur Bikes


pako - September 29, 2007 04:35 AM (GMT)
PERKARA PEMERIKSAAN

1. PEMERIKSAAN PARAS MINYAK ENJIN.

* Periksa dan pastikan paras minyak berada di antara paras Max. @ Min

* Tempoh penukaran minyak enjin ialah setiap 5,000km.

* Gred minyak enjin yang disyorkan ialah SE, SF dan SG.

* Kepekatan minyak enjin yang disyorkan ialah SAE 10W-40, 10W-50, 20W-40
atau 20W-50.

* Kapasiti minyak enjin
= 1.4 liter (Semasa enjin kering sepenuhnya.)
= 1.1 liter (Semasa penukaran minyak enjin dan penapis
minyak enjin).


2. PEMERIKSAAN SKRIN MINYAK ENJIN.

* Bersihkan setiap 12,000 km.


3. PEMERIKSAAN PENAPIS MINYAK ENJIN.

* Tukar 1,000 km yang pertama (Bagi motosikal baru) dan berikutnya tukar setiap 20,000 km

* Pastikan penggunaan Penapis Minyak Enjin yang tulen.

* Pastikan pemasangan dilakukan dengan betul (Tidak terbalik).


4. PELARASAN BREK BELAKANG.

* Gerak bebas yang disyorkan adalah 20mm ~ 30mm.


5. PEMERIKSAAN NUT DAN BOLT.

* Periksa keseluruhan / kesemua nut dan bolt supaya berada dalam keadaan yang ketat.

* Pastikan ianya selalu diletakkan anti karat


6. PEMERIKSAAN STERENG.

*Pastikan gerak bebas stereng berada dalam keadaan yang baik (tidak ketat dan tidak longgar)


7. PEMERIKSAAN GERAK BEBAS GENGGAM PENDIKIT.

* Gerak bebas yang disyorkan adalah 2mm ~ 3mm

* Pastikan kabel pendikit sentiasa dilincirkan dengan anti karat supaya melancarkan pergerakan genggam pendikit


8. PEMERIKSAAN GERAK BEBAS TUIL KLAC.

* Gerak bebas yang disyorkan adalah 2mm ~ 3mm

* Pastikan kabel klac sentiasa dilincirkan dengan anti karat supaya melancarkan pergerakan tuil klac


9. PEMERIKSAAN PARAS BENDALIR BREK.

* Pastikan paras bendalir brek berada di antara garisan paras atas dan garisan paras bawah

* Jika paras bendalir di dalam takungan lebih rendah dari garisan paras bawah, periksa kebocoran bendalir pada talian brek atau kehausan pelapik atau pad brek hadapan.

* Tempoh penukaran bendalir brel yang disyorkan adalah setiap 24,000km atau 2 tahun.


10. PEMERIKSAAN PELARAS KARBURETOR.

* Hidupkan enjin dan panaskan sepenuhnya.

* Selaraskan kelajuan melahu hingga takat kelajuan yang terndah dengan memusingkan Skru Pelaras Melahu.


11. PEMERIKSAAN ELEMEN PEMBERSIH UDARA.

* Selepas pembersihan, basahkan elemen dengan sedikit miyak enjin(SAE 30 Kelas SE, SF dan SG).

* Servis lebih kerap bila broperasi dalam keadaan berdebu, besah dan berlumpur.

* Tempoh penukaran yang disyorkan adala setiap 12,000 km.


12. PEMERIKSAAN PARAS ELEKTROLIT (AIR) BATERI

* Paras elektrolit hendaklah berada di antara garisan paras atas dan garisan paras bawah.

* Jika anda menukar bateri yang baru, pastikan ianya diisikan dengan Asis sepenuhnya dan hendaklah dicas seketika bagi mempastikan ketahanan bateri tersebut lebih lama.

* Jika elektrolit bateri berkurangan, ianya hendaklah ditambahkan hanya dengan air suling sahaja. Air paip biasa tidak sesuai dan jangan sekali-kali menambahkannya dengan sebarang Asid kerana bateri tidak akan tahan lama.


13. PEMERIKSAAN SISTEM ELEKTRIK

* Pastikan keseluruhan lampu serta horn berfungsi

* Untuk mempastikan jangka hayat Mentol Lampu depan lebih lama, anda dinasihatkan menggunakan lampu aras tinggi pada waktu siang dan lampu aras rendah pada waktu malam.


14. PEMERIKSAAN KEKENDURAN RANTAI PEMACU.

* Had kekenduran rantai pemacu adalah antara 25mm ~ 35mm.>

* Laraskan rantai pemacu setiap 1,000km.

* Licirkan rantai pemacu setiap 600km dan lebih kerap jika beroperasi dalam keadaan berdebu, basah dan berlumpur berlumpur.


15. PEMERIKSAAN TEKANAN UDARA TAYAR.

* Tekanan udara yang disyorkan adalah 200kpa (2.00kg/cm2 28psi) untuk tayar depan dan 225kpa (2.25kg/cm2 33psi) untuk tayr belakang.


16. PEMERIKSAAN PALAM PENCUCUH

* Tempoh penukaran palam pencucuh adalah setiap 6,000km.

* Jenis palam pencucuh yang digunakan adalah NGK C8E / CR8E.



Azizan Bin Abas

Modenas Learning Centre

HR & Admin Dept.

*Tel : +604-4668254

*Fax : +604-4668134

*Website : www.modenas.com.my <http://www.modenas.com.my>

happy take caring ur bikes....

ariffbphawk - September 29, 2007 05:29 AM (GMT)
tips yg bagus...

-= Batu Pahat Harmoni Aman Wawasan Kita =-

Lordbogon - November 30, 2007 12:37 PM (GMT)
ye amat berguna bro.tq 4 de info B) B) B)




* Hosted for free by InvisionFree