View Full Version: Tawaran kursus dan kerja bagi mereka yg menganggur

Choppersgarage > My Friend's Corner > Tawaran kursus dan kerja bagi mereka yg menganggur


Title: Tawaran kursus dan kerja bagi mereka yg menganggur
Description: Tawaran Kursus Berelaun


175J Da Virus - September 30, 2009 06:49 AM (GMT)
Untuk Perhatian: En.Hanafi
(Sila forwardkan email ini kepada teman2 yang masih menganggur)

Temuduga Untuk Program Latihan (Train & Place) Dengan Kementerian Sumber Manusia Yang Dikendalikan Oleh Pusat Penyedia Latihan Malaysian Textile & Apparel Centre (MATAC) Di Batu Pahat bertukar tempat dan masa temuduga di KL HQ Office.


Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan adalah ditawarkan untuk hadir ke temuduga bagi mengikuti program Latihan dan Penempatan (Train & Place) selama lebih kurang 3 bulan oleh Kementerian Sumber Manusia bagi program pembangunan belia yang akan memulakan pengambilan selepas hari raya Aidilfitri 2009. (Yuran Kursus & tempat penginapan adalah percuma)



Maklumat lanjut mengenai pertukaran tempat temuduga adalah seperti berikut:



Tarikh Temuduga: 28hb Sept hingga 30hb September 2009 (Isnin- Rabu)



Nama Kursus: Mekanik Mesin Jahit / Sewing Machine Technician



Tempat Temuduga: Malaysian Textile & Apparel Centre (HQ)

C-9-4 Megan Avenue 1,

No189 Jalan Tun Razak,

50400 Kuala Lumpur .



Lampiran /Attachment: MATAC/MTMA_Location Map



Masa Temuduga: 10..30 pagi - 5.30 petang (sila hubungi pihak kami sebelum menghadirkan diri di talian 016-3062766)



Kami berharap tuan/puan dapat menghadirkan diri untuk temuduga tersebut pada tempat dan masa yang telah di ubah hanya untuk sesi temuduga oleh pihak kami. Tempat latihan dijalankan adalah di MATAC Cawangan Batu Pahat.



Kami mengalu-alukan kehadiran sahabat-handai/ saudara-mara/ kenalan saudara yang berminat untuk hadir ke temuduga kami. (Berumur antara 20-45 tahun dan lulus Bahasa Inggeris & Matematik - SRP/PMR/SPM). Selain kursus di atas, Kursus lain yang ditawarkan khusus khas untuk para penganggur adalah Operator Jahitan Pakaian / Sewing Operator.



Untuk pengetahuan tuan/puan akan dibayar Elaun Sara Hidup (ESH) berjumlah RM500/- pada setiap bulan dengan syarat tuan/puan hendaklah menghadirkan diri pada setiap hari kursus yang telah dijadualkan oleh Pusat Penyelia Latihan (MATAC). Tuan/puan juga dikehendaki bekerja di tempat yang disediakan oleh penyedia latihan melalui kerjasama yang diatur antara penyedia latihan dengan pihak majikan setelah tamat tempoh latihan.



Sekiranya tuan/puan menghadapi sebarang pertanyaan atau kesulitan, tuan/puan boleh menghubungi Cik Fazidah / En.Ismail pada talian yang tertera dibawah ini. Bersama-sama ini saya sertakan peta untuk ke tempat temuduga dan tempat Penyedia Latihan yang bertempat di Batu Pahat, Johor.





Sekian Terima Kasih.





Warmest Regards
Fazidah Binti Hj.Yahya
Marketing/Programme Executive
MALAYSIAN TEXTILE AND APPAREL CENTRE (MATAC)
C-9-4, Megan Avenue 1, No. 189, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur , MALAYSIA

H/P: 016-3062766
Tel: 6 03-2162 1587/1454/1879 Fax: 6 03-2162 5148
Email: info@matac.org.my / fazidah@matac.org.my

Skype: fazidah.matac



BAGI SESAPA YG MEMPUNYAI ADIK KE ABG KE ATAU SESAPA YG BERMINAT BOLEH CONTACT CIK ZIZI (KATA KWN HANAFI)...MASIH DITERIMA WALAUPUN SELEPAS TARIKH TERSEBUT

TQ








zhos - October 2, 2009 07:56 AM (GMT)
..banyak bagus..tq napi..! :D




* Hosted for free by InvisionFree